
Bank Rakyat adalah Bank koperasi yang turut menawarkan perkhidmatan ARRAHNU. Manakala arrahnuxchange adalah produk francais yang dijalankan oleh samada bank rakyat sendiri atau pun mana-mana koperasi persendirian.
Bank rakyat menawarkan pinjaman 70% daripada nilai marhun. arrahnu xchange yang diurus oleh koperasi persendirian hanya 65% daripada nilai marhun kecuali cawangan yang diurus sendiri oleh bank rakyat masih menawarkan pinjaman 70% daripada nilai marhun.
Pelanggan boleh bertanya sendiri dengan cawangan arrahnuxchange tersebut samada cawangan tersebut diurus bank rakyat atau koperasi persendirian.
Bagi panggadai yang membuat gadaian di bank rakyat dan arrahnuxchange yang diurus bank rakyat, rekod pinjaman penggadai disimpan di pengkalan data CRIS.
Penggadai yang membuat gadaian di arrahnuxchange yang diurus koperasi persendirian tiada rekod pinjaman di pengkalan data CRIS.
Penggadai emas bank rakyat dan arrahnu xchange yang dirus bank rakyatboleh membayar ansuran pinjaman melalui mesin ATM bank rakyat seluruh negara. Manakala penggadai emas arrahnu xchange perlu datang sendiri ke cawangan tersebut untuk membuat bayaran ansuran. (Walk-in).
Selamat melabur emas fizikal.
Sumber: jewellery999.blogspot.com