Saturday, November 20, 2010

SEMINAR TEKNIK PENGURUSAN PELABURAN EMAS FIZIKAL

Salam buat semua..

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS + AGENT PUBLIC GOLD

Tarikh : 27hb. November 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pm - 10.30 PM
Tempat : Hotel Seri Kota, Kota Tinggi (Bersebelahan Sg. Kota Tinggi)
Speaker : Fairulnizam A Rahman (Master Dealer Public Gold)
Website : manipulasiemas.blogspot.com
Free of charge.
Terbuka kepada semua pelabur baru.
Hubungi saya untuk mendapat tempat. Tempat terhad.
Tel : 019-778 0903.
Terima kasih.

Wednesday, November 10, 2010

Berita baik daripada Public Gold.

Salam buat semua. Bermula 10 Nov 2010, sukacitanya Public Gold telah membuka kembali tempahan baru untuk semua produk yang di tutup baru-baru ini disebabkan extreme demand seluruh Malaysia. Dengan kata lain, agen dan pelanggan boleh buat order baru menggunakan Costumer Login seperti biasa. Harga sedang cantik ni. Selamat berurusniaga.

Monday, November 8, 2010

UBAH PERSEPSI ANDA TENTANG PAJAK GADAI…

Jika dahulu, individu yang membuat gadaian di Pajak Gadai/ArRahnu dianggap sebagai golongan terdesak. Tahukah anda, kini individu yang berurusan di Pajak Gadai menjana passive income dengan membuat gadaian emas fizikal mereka?

Emas pengukur pergerakan mata wang

LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.

Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.

China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.

Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.

Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia, 9/11/10

USD VS GOLD

Sunday, November 7, 2010

KUASA BELI PENGGUNA MEROSOT



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.

Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.

''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.

''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?

''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.

''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.

Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.

Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.

''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.

Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.

''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.

''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.

Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.

''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.

Petikan Dari-Utusan Malaysia
Posted by Md Azlan Ashari at 4:35 P

Thursday, November 4, 2010

ADUHAI HARGA EMAS..

RAMALAN TEPAT MINGGU INI. HARGA EMAS PARAS TERTINGGI TAHUN INI. SANGAT TINGGI. TREND HARGA MINGGU INI TIDAK STABIL. NAIK SECARA MENDADAK. KEPADA YG ADA PEGANGAN EMAS FIZIKAL, SENYUM...JGN X SENYUM. HAPPY DEEPAVALI. MANIPULASI EMAS GROUP.

Wednesday, November 3, 2010

TERKINI - XTREME DEMAND-PUBLIC GOLD MENANGGUH SEMENTARA WAKTU TEMPAHAN GOLD BAR & DINAR.

SMS FROM PUBLIC GOLD JB BRANCH.(11.45pm / 3.10.2010)
Due the extreme demand, we are to suspend the new order for gold bar, dinar & silver with immediate effect until furher notice. those costumers that placed their order on or before 25 oct 2010 will be receiving a call from our btanch executive for arrangement of stock collection. The stock collection queue up will be by ordering date & based on 1st come 1st serve basis. however, the order for public jewellery is not suspended, costumer can place the order like usual.

Aduhai agen-agen baru berjinak dengan emas……..

Salam, di harap anda dalam keadaan sihat sejahtera. Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang suatu perkara yang perlu diberi keutamaan sebelum melabur dalam komoditi emas.

jika anda pelabur baru,anda perlukan seseorang yang mempunyai ( introducer ) yang benar-benar berpengalaman dalam pelaburan emas.

Hal ini kerana, terdapat ramai agen-agen yang mengaku sudah lama terlibat dalam pelaburan emas sedangkan masih baru dalam pelaburan logam yang mulia ini. Mereka cuba menarik perhatian anda dengan mengatakan dia orang yang sudah mahir dalam pelaburan emas.

Pelbagai teknik cuba diterangkan, walhal 1 teknik pun mereka tidak aplikasikan. Ini benar-benar akan menyusahkan anda sebagai agen-agen baru.

Perkara ini seringkali berlaku kepada saya, apabila introducer yang menaja agen-agen baru tidak mempedulikan mereka langsung, sedangkan introducer masih lagi mentah dan dalam proses pembelajaran, mereka terus menghubungi saya dan menerangkan apa yang berlaku ,sedangkan saya kenal orang yang di maksudkan. Orang ini pun masih lagi menuntut dan masih belum tamat berguru.

Oleh yang demikian, saya selalu mengingatkan agen-agen baru tajaan saya supaya menjadi agen yang benar-benar terlatih dan sanggup memikul tanggungjawab. Fahami dahulu urusniaga dan system yang Publicgold keluarkan.

Apa yang perlu anda lakukan?
1. Tanya kepada mereka siapa introducer mereka?
2. Tanya mereka siapa yang menjadi guru mereka?
3. Dapatkan maklumat Sifu dan hubungi sifu itu( inroducer) supaya kita tahu dia benar-banar layak membantu kita dalam pelaburan EMAS.

‘MENGATASI MASALAH TANPA MASALAH’

USD VS GOLD


‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

petikan dari utusan malaysia

FIAT MONEY GRAPH

FIAT MONEY GRAPH

DAPATKAN e-BOOK-KUASA PELABURAN EMAS PADA HARGA RM 40. HUBUNGI SAYA..

DAPATKAN e-BOOK-KUASA PELABURAN EMAS PADA HARGA RM 40. HUBUNGI SAYA..
Buku ini adalah hasil tulisan En. Md Azlan Shaari. Beliau telah memanipulasi emas fizikal sejak tahun 1995. Harga emas pada ketika itu sekitar RM 4o/gram. Sangat baik dijadikan bahan bacaan bagi pelabur emas fizikal. Bersama-sama kongsi pengalaman beliau dalam amalan teknik pelaburan emas fizikal dan membongkar rahsia KUASA PELABURAN EMAS FIZIKAL.

Pegang emas sebagai simpanan bukan untuk dipajak semata-mata...

EMAS SYOGEH ENTERPRISE :
PERUNDING PELABURAN EMAS FIZIKAL, JUAL BELI SEMUA JENIS EMAS FIZIKAL - BARANG KEMAS, DINAR, SYILING EMAS & JONGKONG EMAS.

APAKAH PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD?

Salam buat pembaca. Disini saya akan menerangkan kepada anda di luar sana yang masih lagi tidak memahami apa itu perniagaan pelaburan emas yang saya jalankan.

Saya menjalankan urusniaga membeli dan menjual jongkong dan dinar emas fizikal PublicGold secara terus kepada pelanggan.

Disini ada 2 jenis kategori pembeli

1. Ingin melabur disamping itu ingin menjadi agen dan berniaga emas?

2. Hanya untuk simpanan sahaja.

Jika ingin menjadi agen hantarkan butiran seperti berikut:
1. NAMA
2. ALAMAT
3. IC
4. EMAIL
5. NO TELEFON
6. NO AKAUN MAYBANK OR PUBLIC BANK
7. ITEM YANG HENDAK DIBELI BAGI MENCAPAI STATUS AGEN.

Menjadi agen adalah lebih baik berbanding simpanan sahaja. Hal ini kerana, kelebihan menjadi ejen boleh mengaut untung tambahan yang sangat lumayan.

Pastikan anda mempunyai modal RM 20k.(Promosi sehingga 31 Disember 2010.
Bermula 1 Januari 2011, modal untuk menjadi agen ialah ialah RM 100 000.

Ambil peluang ini dengan sebaiknya.

AGENT

DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA.

THINK BIG…U GET BIG…

BERNIAGA EMAS DENGAN MENJADI AGEN PUBLIC GOLD

SANGAT MUDAH DAN SELAMAT.

Salam buat semua.

Berniaga emas dengan menjadi agen PG adalah sangat mudah dan selamat.

Jadi, anda memerlukan agen penaja yang berpengalaman dan memahami keseluruhan system urusniaga syarikat (PG). Berdamping dan belajar ilmu emas dengan ‘agent yang berpengalaman’.

Bimbingan dan tunjuk ajar diberikan dari semasa ke semasa. Jauh, bukannya penghalang untuk anda menjadi agent tajaan RANGKAIAN MANIPULASIEMAS. Bisnes tanpa sempadan.

Sebarang kesulitan dalam urusniaga berhubung dengan saya secara terus.

Terima kasih.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT MENJADI AGEN PG,

DINASIHATKAN MENCARI PENAJA (AGEN) YANG BERPENGALAMAN &

MEMAHAMI SISTEM PUBLIC GOLD.

INI AMAT PENTING BAGI MEMUDAHKAN URUSAN ANDA DAN MUDAH MENDAPAT RUJUKAN JIKA ADA KESULITAN DALAM URUSNIAGA.

MASALAH-MASALAH AGENT BARU PUBLIC GOLD.

1. kurang pengetahuan ilmu emas.(follower/low self-research).
2. kurang pengetahuan tentang sistem urusniaga PG.
3. tak tahu teknik locked harga emas.
4. kurang pengetahuan tentang teknik mengurus stok (teknik pajakan/ safe deposit dsb).
5. tiada marketing planning.
6. agen ditaja oleh 'agen penaja' yang masih baru. (kurang pengalaman).

* bagi agen-agen baru, persiapkan diri anda ilmu dan pengalaman sebelum anda menaja agent baru yang lain.

Sebelum anda mendaftar menjadi agen, pastikan anda ditaja oleh agen penaja yang berpengetahuan & berpengalaman.

Elakkan masalah sebelum anda bermasalah.

Pajak Gadai / ArRahnu

BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN..

BUKAN UNTUK DIPAJAK SEMATA-MATA..

Pegangan emas fizikal sebaik-baiknya dijadikan simpanan dan bukannya semata-mata digadai/dipajak.

Emas boleh dipajak tetapi dengan tujuan tertentu spt membuat pelaburan, menambah modal perniagaan, tambah pegangan emas dsb.

Pengetahuan tentang pajak gadai sahaja tidak cukup jika tiada pengalaman memajak gadai emas itu sendiri.Pengetahuan hendaklah seiring dengan pengalaman. Belajar pajak emas juga mengambil masa bukannya sekali pajak kita faham segala2nya ttg pajak.

Teknik pajak gadai sangat berguna kepada agen-agen public gold sebagai modal pusingan perniagaan.

PAJAK GADAI / AR-RAHNU
ArRahnu adalah sistem pajak gadai islam dimana seseorang mencagarkan emas untuk mendapatkan tunai sebagai pinjaman.

Jumlah pinjaman adalah 65%-70% daripada nilai semasa emas yang digadai. (Nilai marhun).

Tempoh pinjaman adalah selama 6 bulan dan peminjam dikenakan 'upah simpan' yang berpatutan.

Sekiranya peminjam gagal menebus emas / menyelesaikan pinjaman tadi, emas tadi akan dilelong oleh ArRahnu.
Bagaimana untuk mengelakkan hal ini berlaku?

KETULENAN EMAS

Nilai emas / harga emas adalah bgantung kpd ketulenan emas/ kualiti emas. Emas paling bkualiti adalah emas 999.9 atau dipanggil emas 24K. Namun begitu, ketulenan emas kurang 24K tetap bnilai bgantung kepada keadaan fizikal emas tersebut.
Ketulenan emas :

999 = 24K
950 =22.5K
916 = 22K
835 = 21K
750 = 18K

Kelemahan mbeli brg kemas adalah sukar utk mnentukan ketulenan emas bbanding emas jongkong/dinar kerana Sijil Ketulenen disertakan dan disahkan oleh Assayer. Assayer adalah satu badan bebas yg mengesahkan ketulenan emas. Jika dalam bidang kewangan, Auditor merupakan pihak bebas yg mengesahkan laporan kewangan adalah sah.
Anda boleh merujuk harga emas di Ruangan ' GOLD PRICE REVIEW '.

Elakkan drp mbeli emas yang mengandungi kandungan emas bwrna putih kerana ia mjejaskan nilai emas tsebut.

Normal0 falsefalsefalse EN-USX-NONEX-NONE

BAGAIMANA HENDAK MULA...

1. Baca artikel yg terdapat pada blog ini.

2. Perhatikan harga emas yg ada pada paparan blog

3. Saya menjual Jongkong,dinar dan barang kemas.

4. Anda boleh layari www.publicgold.com.my.terdapat paparan harga emas semasa.

5. jika terdapat kemusykilan Hubungi Admin tel 010-7985 916.

4. Buat temujanji.

5. Kepada anda pelanggan dari jauh tidak perlu risau kerana terdapat cawangan PublicGold diseluruh negara.ini memudahkan anda mengambil emas tersebut.

Normal0 falsefalsefalse EN-USX-NONEX-NONE

BERMINAT MENJADI AGENT PUBLIC GOLD ?

Modal sebanyak RM20k sahaja untuk menjadi ejen.

Langkah 1- Sendkan nama penuh, alamat, no ic, email, no akaun maybank/publicbank, no hp ke 010-7985 916 (Fairulnizam)

Langkah2 - Anda akan menerima sales order dari publicgold melalui email anda. Print out sales oder tersebut yg menerangkan jumlah yg perlu dibayar.

Langkah 3- Buat bayaran atas nama Public fine gold international sdn, bhd.. acc maybank 507134241707. Bawa slip bank original,sales order, ic photostat. Di pejabat publicgold, isikan borang ejen dan letak nama introducer

FAIRULNIZAM BIN A. RAHMAN.

Selamat berniaga emas...

Normal0 falsefalsefalse EN-USX-NONEX-NONE

MODAL SEORANG AGEN PG

1. Modal stok emas bernilai RM 20,000.

2. Modal harian

a. Kos menghantar SMS : RM 0.04/sms

b. Bil telefon

c. Kos petrol

Pastikan anda mempunyai modal RM 20k.


CARA AGEN MEMBUAT PESANAN / LOCKED HARGA EMAS MENGGUNAKAN S.M.S.

1-Jika mahu beli secara tunai (cash payment).

Good morning. I locked 2unit goldbar 20g RM3170/unit. 4.30 p.m. Total RM6340.

Cash payment. Tq. Agent: FAIRULNIZAM.

2-Jika mahu beli secara ansuran (EPP).

Good morning. I locked 2unit goldbar 20g RM3170/unit. 4.30 p.m. Total RM6340.

EPP. Tq. Agent: FAIRULNIZAM.

HANTARKAN S.M.S ANDA KEPADA

MR. CHRIS (JB BRANCH) 012-4308 916

· Sebarang pertanyaan, sila hubungi agen yang menaja anda.

BAGAIMANA MEMBUAT PEMBAYARAN ?

1. CASH PAYMENT

Pelanggan membuat bayaran tunai dengan mendeposit tunai kepada akaun PG:

PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN. BHD.

MAYBANK ACC. NO. (507 134 2417 07)

PUBLIC BANK ACC. NO. (.314 813 6630)

Pelanggan juga boleh membuat bayaran menggunakan checque.

2. EPP (Easy Payment)

Satu skim pembayaran secara ansuran selama empat 4 kali bayaran setiap bulan.

Pelanggan diberikan masa selama 4 bulan menjelaskan bayaran mengikut harga sales order yang telah dikeluarkan.

Admin Fee dikenakan sebanyak 0.5% sahaja daripada jumlah sales order.

KEUNTUNGAN AGEN PUBLIC GOLD.

1.Anda akan dapat komisyen jualan 1.5-2%
Contoh - Anda beli 1 ketul jongkong 20Gram,Harga Semasa RM3037.Komisyen anda ialah RM3037 X 1.5% = RM45

2.Anda juga akan dapat keuntungan belian balik 5-6%
Contoh -



Harga belian balik ialah jika rakan anda ingin jual balik emas kepada anda.Anda beli emas rakan anda dengan harga We Buy mengikut harga semasa di atas.Kemudian anda jual semula kepada rakan lain dengan harga We Sell.Inilah yang dinamakan untung belian balik 5-6%.

3.Anda juga boleh menjana keuntungan walau tidak menjual emas.
Contoh - Mudah saja,iaitu harga emas memang sudah diketahui sejak dahulu harganya sentiasa naik.Oleh itu dari kenaikan harga emas walau anda tidak menjual sekalipun anda boleh jana untung.

4.Anda membuat untung lebih dari harga rendah.
Contoh - Anda selalu memerhatikan carta naik turun harga emas.Apabila anda lihat trend emas membuat penurunan harga ,anda beli banyak stok emas.Kemudian dengan stok tadi anda jual semula kepada rakan2 apabila harga sudah tinggi.(Capital Gain)

5.Anda membuat untung dengan cara Gadaian.
Contoh - Ketika harga emas membuat penurunan,anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas baru dan simpan.Apabila trend emas kembali naik ,anda boleh jual semula pada rakan2 anda emas tadi untuk meraih keuntungan.

BERBALOIKAH MEMULAKAN PELABURAN EMAS DENGAN PINJAMAN?

Jawapannya..Ya.

Sebelum mbuat pinjaman, tinjauan kadar bunga / interest perlu bg mgurangkan liabliti (tanggungan hutang).

Perbandingan:
Interest Personal Loan setahun adalah 4% - 6%.
Pulangan/kenaikan nilai emas 24K setahun adalah 30%.

Sememangnya, pelaburan emas amat menguntungkan. Teknik manipulasi yang betul dpt mjamin kekukuhan tahap ekonomi anda. Strong cash.

Adakah teknik manipulasi emas di tangan anda?

Tambahan.
Net present value bmaksud nilai kini bersih.
Ini bmaksud jika...

Anda bayar bulanan RM500 untuk personal loan selama 15 tahun.

Pada tahun 2010 anda buat byrn RM500/bulan.
Selepas 10 tahun, anda tetap juga mbuat byrn RM500/bulan.
Sedarkah anda bahawa nilai RM500 pada tahun 2010, tidak sama dengan nilai RM500 pada tahun 2020.

Ini bmakna nilai wang RM500 semakin menyusut selepas 10 tahun. Dengan kata lain, komitmen anda membuat bayaran bulanan adalah semakin kecil jika merujuk kepada nilai kini bersih ringgit anda.

Kesimpulannya, jangan bimbang bayaran bulanan yg tinggi krn dlm jgka masa panjang nilai ringgit semakin menyusut berbanding nilai emas yang semakin meningkat.

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Terdapat beberapa catatkan analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas

  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar

OUB

  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisse

  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga

Bunga Raya

  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga

Barang Kemas

  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%

Dinar Emas Kelantan

  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%

Public Gold & Public Dinar

  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen.
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen